Sunday, 29 January 2012

KOLOKIUM PENDIDIKAN & PENCEGAHAN DADAH

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

Unit Pendidikan & Pencegahan Dadah SMK Abdul Rahim II Kudat Sabah akan menganjurkan Kolokium Pendidikan & Pencegahan Dadah peringkat daerah Kudat. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai program ini:

Tarikh : 1-2 Mac 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : Sepanjang Hari
Tempat : SMK Abdul Rahim II Kudat Sabah

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan mencegah penyalahgunaan dadah.

Berikut merupakan antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini:

1. Ceramah Anti Dadah - AADK Sabah*
2. Ceramah Kesihatan & Penyalahgunaan Dadah - Hospital Kudat*
3. Ceramah Penguatkuasaan Dadah - Unit Narkotik, IPD Kudat*
4. Perkongsian Pintar PPDA - Unit PPDA SMK Tambulion, Kota Belud Sabah*
5. Ceramah Cure & Care - Clinic Cure & Care Cawangan Kudat*
(*panel penceramah yang dicadangkan)

6. Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah
7. Pertandingan Pidato Kesedaran Anti Dadah
8. Kuiz Anti Dadah
9. Pertandingan Menulis Esei Pendidikan & Pencegahan Dadah
10. Pertandingan Mencipta Buku Skrap Bermaklumat PPDA
11. Pertandingan Drama Anti Dadah
12. Pertandingan Mencipta Bendera Anti Dadah
(Mengikut kategori sekolah menengah & sekolah rendah)

13. Pameran Anti Dadah
14. Program Menderma Dadah
15. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
16. Pelantikan Ahli Kelab SLAD & PROSTAR

...dan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilaksanakan. Program ini dibuka kepada semua yang berminat.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kaunselor SMK Abdul Rahim II di talian 088-615 001.

No comments:

Post a Comment